wandyinfinity

Biodata

Mohamad Safwandi bin Su’aidi atau lebih dikenali sebagai Wandy  telah dilahirkan pada 7 Mac 1991 di Hospital Umum Sarawak. Berasal dari Kuching, Sarawak dan masih menetap di sana di Kampung No.4 Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching Sarawak.


Pendidikan

Wandy mendapat pendidikan awal di Sekolah Randah Kebangsaan Merpati Jepang dan seterusnya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong, Simunjan kerana mengikuti ayah yang bertugas disana sebagai seorang guru. Seterusnya Wandy melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang, Kuching, Sarawak. Setelah tamat pendidikan di peringkat menengah, Wandy melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan dan mengambil jurusan Sains Hayat selama 2 bulan sebelum berpindah ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Malaysia (IPGMK Gaya). Di IPGMK Gaya, wandy menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekarang Masih dalam Program Persediaan) dalam bidang Matematik (Major), Bahasa Inggeris (Minor) dan Bahasa Melayu (Minor).


Hobi dan Minat


Wandy meminati   membaca artikel berkaitan dengan isu semasa seperti politik semasa, perperangan, ekonomi, gejala sosial dan sebagainya. habi pada masa lapang ialah melayari internet dan membaca artikel berkaitan.
 
Make a Free Website with Yola.